PERKHIDMATAN JABATAN / AGENSI KERAJAAN (KELANTAN)

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan yang terletak di Kota Bharu menyediakan pelbagai perkhidmatan kerajaan, swasta dan aktiviti perniagaan untuk kemudahan orang ramai berurusan di sini. Di samping itu, fasiliti yang disediakan juga adalah bersesuaian bagi kemudahan seisi keluarga berkunjung ke RTC Kelantan. Komponen yang terdapat di RTC Kelantan adalah seperti berikut :


  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
  • TEKUN Nasional
  • Agrobank
  • Pusat Informasi MOA Inc Agensi di bawah MoA
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Kiosk Informasi 1 Malaysia
  • Pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
  • Klinik Bergerak 1 Malaysia
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Imigresen Malaysia
  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mobile
  • Pos Malaysia mobile
  • Klinik Gigi mobile

 

SWASTA

  • Kontena Nasional
  • Murni Marketing Sdn. Bhd.
  • PROBUDI Resources
  • Tetuan Arshad & Co.
  • White Paradise Sdn. Bhd.
  • Millenium Miracle Enterprise
  • Spa Q
  • Koperasi Groom Big

 

PEMBORONGAN SAYUR / BUAH

  • Setiap hari, mula 2.00 pagi hingga 6.30 pagi

 

PEMBORONGAN IKAN / AYAM / DAGING

  • Setiap hari, mula 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

 

RUNCIT & PELBAGAI

  • Setiap hari, mula 6.00 pagi hingga 2.00 petang

 

JUALAN PRODUK FLORIKULTUR & LANDSKAP

  • Setiap hari, mula 8.00 pagi hingga 5.00 petang

 

FASILITI

  • Surau
  • Medan Selera
  • Tandas
  • Ruang parkir
  • Gelanggang Futsal

 

Pada setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad setiap minggu, terdapat aktiviti jualan Pasar Tani di RTC Kelantan yang menyediakan pelbagai jualan produk pertanian dan industri asas tani, barangan keperluan, makanan, minuman dan banyak lagi boleh diperolehi di sini.

 

Bagi yang ingin mendapatkan bekalan ternakan seperti lembu & kambing, atau ingin menyaksikan bagaimana aktiviti pembidaan ternakan dijalankan,  pada setiap hari Sabtu minggu 1 & 3 setiap bulan, terdapat aktiviti Pembidaan Ternakan di RTC Kelantan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

 

Silalah Berkunjung ke RTC Kelantan

 

“RTC, Satu Hentian, Pelbagai Perkhidmatan”