Pengenalan
RTC ialah pusat kemudahan yang ditubuhkan untuk menggabungkan kampung-kampung yang berdekatan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti bercorak nilai-tambah yang tinggi. Di RTC, penduduk-penduduk tempatan akan dapat:

  • Menjual produk pertanian berbentuk nilai-tambah tinggi secara terus;
  • Membeli bekalan dan perkhidmatan untuk pengguna pada harga yang rendah;
  • Mendapat kemahiran, menjalani latihan dan program pembangunan keusahawaan;
  • Mendapat kemudahan bantuan kewangan dan perkhidmatan lain secara terus;
  • Berkongsi serta bertukar maklumat dan pengetahuan.


Objektif
Dengan pelaksanaan program-program ini, adalah menjadi hasrat Kerajaan agar masyarakat luar bandar lebih berdaya maju dan berdaya saing serta berupaya meningkatkan kualiti dan kuantiti produk mereka. Ini akan membolehkan produk tersebut dapat dipasarkan di seluruh negara dan akhirnya dapat menembusi pasaran eksport. Secara tidak langsung, pendapatan penduduk luar bandar akan dapat ditingkatkan dan seterusnya menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan secara keseluruhannya.